Assalamualaikum...
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaju rendah daripada sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
3. Lunaskan hutang kad kredit.
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kelebihan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang BESAR.
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.
5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5% ke 10% daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
6. Melabur
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja adan menabung dalam akaun simpanan.
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja.
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran primiem yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastika anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70% warga amerika tidak mempunyai wasiat.
10. Simpanan rekod kewangan dengan baik.
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandangan untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
No comments :
Post a Comment