Assalamualaikum...
Setiap tahun banyak kes kita dengar tentang kecurian kereta. Ada diantaranya rakan-rakan kita malahan saudara-mara juga turut mengalami kehilangan kereta akibat dari kecurian kereta.
Disini terdapat langkah-langkah percegahan dari kecurian kereta :
1. Lengkapkan kereta anda dengan sistem alarm yang sesuai.
Kebanyakkan kereta baru sekarang dilengkapi dengan sistem asal penggera (alarm) yang dipasang di kilang. Sebenarnya alarm ini amatlah biasa dan pencuri ini sudah mahir dengan sistem alarm keluaran kilang. Malahan ada sesetengah kenderaan tersebut si pencuri ini sudah ada jual frekuensinya.
Mereka hanya perlu tunggu ketika anda keluar dan parking kereta anda, kemudian di saat anda menekat untuck lock kereta anda, mereka bypass dan set pada alat mereka. Setelah anda masuk ke tempat dutuju, mereka ada alat untuk mematikan alarm kereta anda dengan mudah. Bagaimana untuk mengatasi ini?.
Caranya mudah, tetapi memerlukan sedikit belanja. Biarlah anda keluar belanja sedikit dari hilang segala-ganyanya. Contohnya alarm senis SteelMate 898G. Alarm ini merupakan alarm 2hala. Ini bermaksud kereta anda juga boleh 'lock' anda.
Contohnya, hala pertama ialah anda 'lock' kereta anda tapi yang hala lagi satu ialah kereta anda akan memancarkan isyarat kepada remote anda untuk memberitahu kereta anda telah dihidupkan penggeranya (dicuri).
Model ini juga akan mematikan sistem kereta anda serta merta jika alarm anda berbunyi. Jadi si pencuri tidak akan dapat menghidupkan kereta anda untuk dicuri. Jarak 2 hala yang ditulis adalah 4km, tetapi setakat ini jarak yang paling berkesan yang pernah dengar ialah 2-3km. itu sudah memadai bukan?.
2. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kereta
Ramai diantara kita yang leka atau alpa dan sering meninggalkan barang-barang yang berharga. Contohnya seperti laptop. Pencuri ini tak berfikir panjang, jika dia nampak seperti laptop, mesti akan pecahkan cermin dan ambil. Namun, jika ada diantara anda yang simpan di tempat simpanan belakang, pencuri masih tahu. Bagaimana?
Laptop ini mengeluarkan satu frekuensi juga. Pencuri mempunyai alat untuk mengesan laptop ini. Walaupun anda telah mencabut bateri laptop anda, namun bateri di motherboard yang menghidupkan memori dan jam di laptop anda masih ada.
Cas bateri ini mengeluarkan sejenis frekuensi yang mudah dikesan oleh pencuri. Ini juga dapat diaplikasikan untuk alat elektronik yang lain seperti kemera digital dan sebagainya. Jadi cara yang selamat ialah jangan sesekali meninggalkan barang yang berharga di dalam kereta anda dan jangan lah anda terlupa. Itu yang sepentingnya.
3. Pengunci stereng tidak mencukupi.
Pengunci stereng adalah tidak mencukupi kerana pencuri akan memotong stereng anda. Yang terbaik di sini adalah dengan mengunci pedal klac, atau mengunci batang gear anda. Kebanyakkan pencuri hanya akan mensasarkan bahagian stereng kerana ini antara bahagian yang paling mudah untuk dibolosi.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh membuat suis untuk menghidupkan dan mematikan starter enjin. Suis ini mestilah disorok, hanya diketahui oleh anda dan sesiapa yang anda bagi pinjam kereta anda. Walaupun anda memutarkan kunci untuk menghidupkan kereta anda, jika off suis ini, kereta anda tidak akan hidup.
Suis ini adalah untuk anda yang bermodal rendah. Bagi yang mempunyai belanjawan lebih, anda boleh memasang sistem immobilizer iaitu sistem yang hanya anda ada kuncinya. Contohnya seperti sistem kad. Kad ini adalah seperti "Touch N Go" dimana anda perlu untuk meletakkannya di bahagian scanner untuk mematikan sistem cutoff supaya enjin kereta anda boleh hidup.
4. Pastikan sistem alarm anda disorok.
Sesetengah kedai atau enjin pemasangan alarm akan memasang di temapt biasa alarm di pasang. Anda boleh minta untuk menyorokkan 'ibu' atau 'otak' sistem alarm anda. Ini mengelakkan pencuri cepat untuk mencari kotak ini dan memilih wayat untuk dipotong bagi mematikan sistem alarm anda.
Dalam masa pencarian tersebut, pasti anda akan tersedar, atau orang disekeliling dapat mengesan kehadiran pencuri tersebut. Dan yang penting sekali jangan parking kereta anda di kawasan yang sunyi dan tidak ramai orang.
5. Jangan menunjuk.
Ada yang antara kita menunjuk bahawa kitalah yang menggunakan sistem alarm sistem paling selamat, sistem alarm paling mahal dan sebagainya. Janganlah kita bersifat sedemikian seperti menampal pelekat yang menunjukkan sistem alarm kereta kita. Sebaik manapun jenis alarm kita, pasti ada kelemahannya. Biarlah orang tak tahu jenis kita pakai, supaya pencuri tidak akan tahu cara untuk membolosi sistem alarm anda dengan cepat. Sifat berlagak atau menunjuk ini bakal memakan diri anda sendiri suatu masa nanti.
6. Jangan tinggalkan enjin anda hidup walaupun seketika.
Biarlah remeh untuk anda menghidupkan kereta dari anda kehilangannya. Saya dapati ramai rakyat Malaysia yang tinggalkan enjin yang hidup ketika pergi ke mesin ATM, membeli di 7-eleven dan sebagainya.
Walaupun anda yakin, tetapi apa sahaja boelh berlaku dalam sekelip mata. Jadi berhati-hatilah dan sentiasa beringat, malang tidak berbau. Ada juga yang mematikan enjin tetapi kunci masih di tempat menghidupkan kenderaan anda. Sekali lagi saya berpesan, jangan leka dan yakin bahawa kereta anda selamat walaupun di depan mata anda.
7. Jangan sorokkan kunci kereta di dalam kereta
Jangan sesekali menyorokkan atau menyimpan kunci spare kereta anda di dalam yang anda yakin selamat. Pencuri ini lebih advanced di mana mereka sentiasa tahu di mana tempat yang anda sorokkan. Ini kerana mereka juga manusia dan berfikiran seperti kita. Walaupun di bawah tikar atau mungkin di dalam bonet kereta anda, mereka pasti menjumpainya. Yang penting, simpan di tempat selamat dimana hanya anda sahaja tahu dimanakah kunci tersebut disimpan.
8. Park kereta anda dengan tayar dipusing ke arah tebing
Jika anda meletakkan kenderaan anda secara sisi, pastikan tayar anda dipusingkan ke arah tebing supaya ini menyusahkan mereka untuk menunda kereta anda. Jika secara menegak pula, pastikan bahagian depan menghadap tebing dan gear dimasukkan. Ini adalah satu cara untuk anda merumitkan mereka dari menunda kereta anda. Anda juga boleh menggunakan brek tangan yang mana salah satu cara untuk mengunci tayar anda dari berpusing.
9. Letakkan kereta anda di temapat ramai orang.
Jika anda pergi membeli-belah, kalau boleh pastikan kereta anda diletakkan di tempat masuk pasaraya tersebut di mana ramai orang lalu-lalang. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan valet parking seperti di Sungai Wang Plaza atau Times Square. Tetapi pada masa anda tinggalkan kereta anda, pastikan hanya kunci pintu dan enjin sahaja yang anda tinggalkan. Jangan tinggalkan kunci rumah, silap-silap lepas ni rumah pula dimasuki pencuri.
10.Engrave atau ukirkan nama dan identiti di bahagian tertentu.
Anda boleh mengambil langkah untuk mengukirkan nama anda di bahagian tingkap atau cermin hadapan, supaya apabila pencuri mencuri dan menukarkan nombor plat kereta anda, nombor asal masih lagi di tingkap cermin hadapan kereta anda. Jika kita sebagai rakyat yang prihatin, kita boleh mengesan kereta tersebut dicuri atau tidak.
1 comment :
assalamualaikum,tuan ada tak cara untuk buat suis untuk hidup dan matikan starter tu...say seach tapi x jumpa caranya
Post a Comment