Sakit Kepala Dan Puncanya



Assalamualaikum...

Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang lazim berlaku dan paling banyak jenisnya. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan mengganggu aktiviti harian kita.
Jenis-jenis Sakit Kepala dan Ciri-Cirinya

Sakit kepala disebabkan ketegangan.

  • Sakit jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
  • Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
  • Menyerang pada bila-bila masa.
  • Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
Sakit Kepala Mirgain
  • Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu kuat.
  • Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
  • Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebuh teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
  • Sakit mungkin sekali dalam masa beberapa hari atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
  • Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan , pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakita kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine.
Sakit Kepala Bertumpu
  • Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
  • Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
  • Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
  • Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
  • Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari untuk beberapa minggu atau bulan.
  • Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.
Keradangan Sinus
  • Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks).
  • Sakit yang tertumpu pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
  • Sakit yang menjadi apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
  • Sakit yang menjadi teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
  • Mempunyai sejarah 'demam hay' (rhinitis alergik) dan alahan.
Arteritis Temporal
  • Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.
  • Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitiv (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang
  • Penglihatan terganggu
  • Sakit-sakit pada seluruh badan.
  • Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap-kejap.
  • Dikaitkan dengan penurunan badan pada sesetengah orang.
  • Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan. Pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.

No comments :

Post a Comment