Assalamualaikum...
"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan beberapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangar! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu, Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"
"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma naka tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan mnyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali mereka solat berjemaah dan pergi ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"
"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"
Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama ALLAH s.w.t. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar bersolat dan contoh-contoh lain.
Iman Itu Masih Ada.
Tatkala hati berkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peingkat taubat.
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid?. Kalau pergi konsert perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan pun sudah dikira. Tak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai ALLAH. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri?. Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Salagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau buat kita baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. jadi, buat hanya apa yang ALLAh suka walaupun manusai tidak suka. Pegang prinsip itu!. Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba DIA!. Ini bukan marah tetapi tegas dan bersemangat.
Create The Future
Kita selamanya tidak akan tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai dari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha?. Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan ALLAh yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.
Kesimpulan
Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tidak ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. ALLAH ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-NYA. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-NYA akan mengampunkan dosa hamba-hamba-NYA yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. Berubah jadi baik.
Benar kata Nabi s.a.w
"Sesiapa yang ALLAH s.w.t kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama".
-(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitam Min Musnad Bani Hashim)
No comments :
Post a Comment