Assalamualaikum...
Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajar murid-muridnya membaca Al-Quran. Mereka duduk melingkar dan berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. dengan senyumannya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, "Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Quran?"
"Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz 'Amma?"pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih dan betul bacaan tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertangan lagi, "Adakah kamu hafal surah Tabaraka (Al-Mulk)?"
"Ya," jawabnya lagi dan segera membacanya. Baik dan lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, "Kamu hafal surah An-Nahl?"
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.
"Adakah kamu hafaz surah Al-Baqarah?"
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, "Anakku, adalah kamu menghafal Al-Quran?"
"Ya," jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, "Subhanallah wa masayaallah,tabarakkallah"
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya, "Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibu bapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya."
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayat dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat dan pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu," Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab. Sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Quran. Anak perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafalkan juz Amma."
"Bagaiman si ibu boleh lakukan itu?" tanya si ustaz tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.
"Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Quran dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu ketakan kepada mereka.
"Siapa yang hafal dulu, dialah yang menentukan makan makan ini."
"Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar-siar nanti."
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Quran mereka," jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cergas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai Al-Quran. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun dan sabar melawan rasa letih dan susah kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan "Disebalik anak in ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki."
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat dan perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan dan motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah s.a.w kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan meninggalkan keutamaan harta, kecantiakn dan keturunan, seperti sabda Rasulullah s.a.w "Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung." (Hr. Bukhari & Muslim)
Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan Al-Quran semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Quran, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk ataupun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Quran, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
No comments :
Post a Comment