Doa Menghadapi Peperiksaan



Assalamualaikum...

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran. (Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir dengan-MU juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih.



Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


Ya ALLAH, Persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk-MU


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lali, wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa (dibaca 3x)


Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.


Ya ALLAH Kamu memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

No comments :

Post a Comment