Assalamualaikum...
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"
Disini saya ingin berkongsi beberapa jenis zina yang selama ini mungkin kita tidak sedar yang kita sendiri telah berzina. Diantaranya :
Zina Hati - Jika hati itu digunakan untuk mengingati yang si dia dengan penuh perasaan.
Contoh : Pasangan couple
Zina Mata - Jika mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH s.w.t
Contoh : Melihat aurat orang lain
Zina Telingan - Jika telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH s.w.t
Contoh : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan islam. Mendengar umpatan dan carutan.
Zina Hidung - Jika hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH s.w.t.
Contoh : Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita
Zina Mulut - Jika mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh ALLAH s.w.t
Contoh : Menikmati makanan dan minuman yang dilarang/berkata-kata perkara yang tidak baik
Zina Tangan - Jika tangan digunakan untuk perbuatan maksiat.
Contoh : Tikam nombor ekor ataupun meraba
Zina Kaki - Jika digunakan untuk maksiat
Contoh - Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat
No comments :
Post a Comment