Perempuan Cantik vs Perempuan Tak Cantik



Assalamualaikum...

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan kata "wow! ciri-ciri isteri idaman"
Kalau perempuan tak cantik pendiam.
Lelaki akan kata "tak reti berkomunikasi agaknya"..


Kalau perempuan cantik jahat
Lelaki akan kata "mesti ada krisi ni..kesiannya"
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata "dah la tak lawa, perangai pulak macam S*****"

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata "wow! heroin sejati"
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata "hmm..taktik nak ngorat la tu"

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata "ok la..bagai pinang di belah dua"
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome"
Lelaki akan kata "kesian..mesti dah kena bomoh lelaki tu"

Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata "buta kayu betol mamat tu"
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih:
Lelaki akan kata "patut pun kena reject"

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata "mesti anak orang kaya"
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata "entah dato mana yang bela ni"

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata "wah..caringnya"
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata "eleh, gedik la tu"

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata "don't worry, I will make you happy forever"
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata "sikit-sikit nangis. gembing betol.. mengada-ngada la"

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata "dah la lawa, pandai masak pulak tu"
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata "entah sedap ke tak tu"

Kalau perempuan cantik main-main miss call
Lelaki akan kata "syoknya, rindu la tu"
Kalau perempuan tak cantik main-main miss call
Lelaki akan kata "kau tak ada kerja lain ke?. sibuk ni tau tak"










No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...