Usah Mengeluh, Berdoalah



Assalamualaikum...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Lama benar rasanya tidakku tintakan hatiku berbicara di sini. Sring kalu kita mendengar status-status seperti di dada-dada news di facebook.


"penatnya"

"hati gundah gulana"

"kenapa jadi macam ini, Ya ALLAH"

"laparlah"

"susahnya assignment ni"

Kadang-kala diri ini juga turut sama berada dalam kalangan mereka. Aku mengeluh. Mengeluh dengan aturan ALLAH yang Dia tetapkan. Namun Aku berfikir.

"Apakah kesudahannya jika aku mengeluh?. Adakah ia menyelesaikan masalah?. Hatta aku marah ALLAH sekalipun, jika Dia tidak berkata 'Kun Fayakun' untuk selesaikan masalah aku, mana mungkin masalah atau keluhanku akan selesai kerana aku hanyalah hamba-NYA atau dalam bahasa kasarnya aku hanyalah kuli-NYA. Wajar sahaja aku akur dan tunduk menerima dan bersabar dengan apa sahaja ketentuan padaku sebagai hamba-NYA"

Kita sering sahaja utamakan selain ALLAH apabila kita mempunyai masalah yang sepatutnya kita mengadu pada-NYA terlebih dahulu sebelum kita mengadu pada sahabat kita. Bagaimana?. Berdoalah. Berdoalah pada-NYA agar Dia permudahkanmu agar dapat menyelesaikan masalah atau keluhanmu hatta keluhamnu itu sekecil zarah sekalipun. ALLAH itu sentiasa setia menunggu hamba-NYA yang mahu berdoa pada-NYA.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepdaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Surah Al-Baqarah ayat 186

Allah sendiri berfirman agar kita berdoa kepada-NYA dan malanglah bagi orang yang sombong untuk berdoa kepda-NYA.

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang  sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina". Surah Ghafir ayat 60

Oleh sebab itu, adalah lebih baik jika kita berdoa kepada-Nya berbanding kita mengeluh. Lebih banyak manfaatnya berbanding kita mengeluh seolah-olah kita menyalah ALLAH dalam aturan-NYA.  Dia itu Maha Pencipta, Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tidak akan ditentukan sesuatu untuk kita maa berdoalah kepada-NYA agar dapat menemui penyelesaian dalam apa juga  masalah, dugaan dan ujian kita.

No comments :

Post a Comment