Personaliti Melalui Jenis Darah


Assalamualaikum... 

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri?

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.

Ramai juga yang memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik?. Mari sama-sama kita lihat.


Darah A adalah Petani

Keharmonian dan keamana adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melalukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan persatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling kamu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan kamu.

Dalam masa yang sama golongan berdarah A adalah golongan yang sengat pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Kamu sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Kamu setia dengan kawan dan rakan sekerja. Kamu  boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan kamu. Kamu jenis yang sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas :
Berhati-hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Tolerasi :
Tolerasni tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana Kamu Melihat Masa Hadapan dan Masa Lampau :
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana Kamu Menggambarkan Perasaan :
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensetiv kepada pandangan orang lain.

Bagaimana Kamu Bekerja :
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


Darah B adalah Pemburu

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan kamu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatun tugas yang diberikan, kamu gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Kamu juga tergolong orang yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam awaktu yang sama, kamu tidak menghiraukan apa yang orang lain fikirkan tentang kamu dan liar. Kamu boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, kamu juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang kamu inginkan.

Peribadi Asas :
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara pratikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berualang.

Bagaimana kamu melihat masa depan dan masa lampau :
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana kamu menggambarkan perasaan :
Seorang yang 'expressive', 'cool' dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar 'mood' seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila kamu kecewa.

Bagaimana kamu bekerja :
Kreatif dan memiliki idea baru , tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.



Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)

Tenag dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling kamu berasa selesa untuk berdampingan dengan kamu, Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dlam diri dan sentiasa bersikap menceriakan dan ceria.

Namun satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Kamu tergolong jenis yang sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, kamu sengat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sepagai pendamai, kadang kala kamu bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas :
Sangat pratikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Torlerasni :
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana kamu melihat masa hadapan dan masa lampau :
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana kamu mengambarkan perasaan :
Berjiwa sentimental, selalunya 'cool' dan 'steady' tetapi berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi 'moody' sekelip mata .

Bagaimana kamu bekerja :
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat 'follow up' sebelum projek kerja diselesaikan.

Darah O adalah pejuang (Worriors)

Individu yang memiliki jenis darah dari golongan ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu induvidu dari golongan ini juga sering bersikap ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sikap cemburu yang agak kuat. Selain itu, kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehingga ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh demikian kamu harus lenih bijak mengawal emosi kamu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Kamu 'outgoing', 'expressive', dan 'passionate'. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka akan menang. seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas :
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi :
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana kamu melihat masa hadalan dana masa lampau :
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana kamu menggambarkan perasaan :
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana kamu bekerja :
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boelh mengabaikan perkara terperinci.

No comments :

Post a Comment