Apa Itu Penyakit Batu Karang?



Assalamualaikum...

Penyakit batu karang merupakan penyakit di mana batu terhasih dalam buah pinggang yang terjadi daripada tumbuhan kristal halus hasil gabungan beberapa jenis kima. Bahan kimia yang paling biasa menyebabkan penyakit batu karang adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali adalah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang pula ada yang halus seperti pasir dan ada yang besar sebesar bolar golf. Kebanyakan penyakit batu karang tumbuh membesar dalam buah pinggang, kemudian akan bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ia biasanya akan menjadi bertambah besar.

Kesulitan mula akan timbul apabila batu karang menjadi terlalu besar yang boleh menyebabkan gangguan dalam perjalanan aliran air kencing. Ini biasanya akan membawa kepada penyakit di mana kuman akan merebak. Jangkitan kuman itu boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, jika penyakit batu karang tersebut tidak diubati segera.

Kejadian batu dalam buah pinggang atau penyakit batu karang ini adalah masalah yang biasa dalam saluran kencing. Dianggarkan bahawa terdapat satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk biasanya akan menghadapi penyakit batu karang pada sesuatu ketika dalam hidup.

Sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Kebiasaannya orang lelaki pertengahan umur adalah lebih ramai yang mengidap penyakit batu karang ini dari kaum wanita.

Kadang-kadang penyakit batu karang ini boleh disebabkan oleh keturunan, Jika terdapat sejarah kejadian penyakit batu karang ini di kalangan ahli keluarga, sila dapatkan nasihat dari doktor.

Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau saluran, ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangar dan pendarahan pada kebiasaannya boleh berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Ada juga kes di mana batu karang tersekat yang akan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya bila kuman mula merebak. Jika ini berlaku biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk akan berlaku. Penyakit batu karang pada keadaan ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

No comments :

Post a Comment