Assalamualaikum...
Kredibiliti adalah tulang belakang kepada pembinaan kualiti pemimpin, Winston Churchill pernah mengatakan, faktor penting adalah siapa diri seseorang. Selepas itu, bagaimana dia menyampaikannya dan akhirnya barulah diikuti dengan apa yang akan diperkatakannya. Kajian di barat menunjukkan faktor-faktor membila kredibiliti adalah keilmuan, penampilan dan ketulusan seseorang. Di barat, faktor akhlak bukan perkara penting. Bill Clinton masih dianggap mempunyai kredebiliti walaupun mempunyai skandal seks. Terdapat perbezaan yang jelas persoalan nilai di barat dan di timur
Pada pandangan Islam, faktor utama membina kredibiliti adalah akhlaknya. Nabi Muhammad adalah contoh terbaik pemimpin yang memiliki akhlak terpuji. Membina peribadi yang terpuji lebih penting daripada kemahiran membina kredibiliti yang lain. Semua kemahiran itu dapat diperoleh satu persatu melalui pendedahan dan latihan. Namun, sekiranya pemimpin itu sendiri tiada akhlak yang baik, adakah mereka dapat mengubahnya?
Kredibiliti boleh dibina, tetapi ia mengambil masa yang lama. Namun begitu, bagi meruntuhkan kredibiliti hanya memerlukan beberapa minit sahaja. Kredibiliti seorang ketua itu ada pada orang bawahannya. Kredibiliti pemimpin dan ketua adalah kepercayaan orang bawahan kepadanya dan sejauh mana mereka menghormati dirinya. Mereka juga percaya kepada pemimpin mereka kerana memiliki pengetahuan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan kejujuran.
Menurut para penyelidik, kredibiliti seorang itu naik apabila dia bersikap terbuka pada kata-kata, pendapat dan nasihat orang yang banyak persamaan dengan dirinya sendiri. Pemimpin yang berkredebiliti pandai mencari persamaan bagi membentuk persetujuan yang sama. Ada pemimpin yang gemar menyelitkan jenaka berkaitan kelab bola sepak kegemaran mereka semata-mata mahu membentuk persaman hobi dan kegemaran,
Pemimpin kredebiliti pandai mencipta kegemaran yang sama dan secara automatik pengikut melihat dia mudah didekati. Menjadi pemimpin yang mudah didekati. Menjadi pemimpin yang mudah didekati boleh dipelajari. Pemimpin organisasi intelektual yang berkecimpung ke organisasi dapat intektual yang berkecimpung ke organisasi sosial dapat mengubah diri mereka menjadi lebih mudah didekati
Kredibility adalah unsur mengapa orang percaya pada kita
Kredibiliti dan pengurusan hati
K.H. Abdullah Gymnastiar menjelaskan, membina kredibiliti adalah bermula dengan menguruskan hati dengan baik. Beliau menyenaraikan tiga perkara utama dalam membina kredibiliti :
1. Saya mesti jujur
Saya mempercayai sekiranya saya jujur, saya dapat mebina kredibili, sebaliknya sekiranya saya tidak jujur, ia dapat menghancurkan kredibiliti saya.
2. Saya mesti cekap
Walaupun saya menjadi orang yang jujur, apabila saya lalai dalam melaksanakan tugas, saya mesti mengembangkan kemampuan wawasan dan keterampilan diri secara sistematik. Saya sentiasa melakukan koreksi diri.
3. Saya mesti berinovasi
Saya sedar setiap sesuatu berubah. Di dunia ini, tidak ada satu pun yang berubah. Suatu yang tetap adalah perubahan itu sendiri. Oleh itu, saya bersedia bagi mengikuti perubahan kerana sekiranya saya tidak mengimbangi perubahan, saya menjadi menagsa perubahan. Amat buruklah apabila semalam sama dengan hari ini. Celakalah apabila hari ini lebih buruk daripada semalam.
Untuk inovatif, saya sentiasa membaca dan berusaha melaksanakan sesuatu yang berguna. Saya meluangkan masa dengan merenung dan bertafakur tanpa mengganggu kegiatan harian. Sebagai orang Islam, pastinya sudah tersedia tempat-tempat merenung dan mencari ketenangan.
sumber : Buku Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti (Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar)
No comments :
Post a Comment