Assalamualaikum...
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada ALLAH dan carilah yang boleh menyampaikan kepada-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan berjuanglah pada jalan ALLAH (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." Al-Maidah : Ayat 35
Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiaanya untuk mencapai kepuasan. Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah. Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah.
Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga. Roh kita datang daripaa ALLAH, ditiup ke dalam jasad. Maka roh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kempali kepada Tuhan. Untuk mencapai kepuasan roh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali.
Bukan kembali dengan kematian jadas, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Tuhan. Jiwa yang tak terisi dengan roh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keduniaan. Hakikatnya dunia itu takkan habis dikejar. Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan metarial. makin kita punya pangkat, makin tinggi yang kita ingin kejar dan capai. Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.
Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman. Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah. Sebaliknya gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada ALLAH. Biar jasadnya keluar mencari anugerah ALLAH di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada ILLAHI.
Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan. Padahal ALLAH tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-NYA.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-NYA, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan" Az-Zumar : 54
ALLAH telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari-NYA. Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada-NYA. Atau mungkin kita sering berusaha kembali, namun dunia tetap memesongkan kita dan lebih menarik hati kita. Maka kita tak jadi kembali.
Kita berputus asa dan tak mahu lagi mencuba untuk kembali, padahal ALLAH tak pernah jemu menunggu kita menyeru melainakn kita sendiri jemu untuk meminta dan meniti jalan menuju-NYA.
Ingat, jangan berputus asa daripada Rahmat ALLAH :
"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai hamba-hamba-KU yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Az-Zumar : ayat 53
Wahai jiwa yang sentiasa menyesali diri, di ceruk manapun kamu berada, apakah kau merasa bebas daripada pengawasan ALLAH?. Dalam keadaan manapun kau berada, adakah kau merasakan ALLAH tidak mengetahui isi hatimu? Sombongnya engkau tatkala kau pergi memalingkan wajahmu daripada ILLAHI. Sedangkan DIA tak pernah menutup pintu taubat bagimu. Maka wahai manusai, kembalilah kepada TUHAN-MU. Jika kau tak temui jalan, carilah...Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.
No comments :
Post a Comment