Mulakan Perniagaan Dengan Modal Minima



Assalamualaikum...

Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "Saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".


Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada anda, saya mencadangkan supaya anda menyemak dan mengenalpasti 3 kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;

1. TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakn perniagaan - ianya boleh dijalankan dari rumah.

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet merupakan tools Internet yang sedia percuma, seperti blog, Facebook, dan Paypal yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet.

3. Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal dalam perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa. Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dari 0, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mempromosikan perniagaan kita. Menarik bukan?.

Sumber : Iluvislam

1 comment :

Радомир Эра said...

Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

Post a Comment