Assalamualaikum...
Soal jodoh ini buakn suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap dimana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.
Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kedan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dasyatnya pada masyarakat kita kini tidak dapat dinafikan, slah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini
Ramai yang keliru
Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita pada hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.
Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?.
Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk du universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.
Mereka hangat bercinta, Namun, menurut apa yang dilihat di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.
Janji-janji setia di waktu kehangatan cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa. Namun, mengapa semua ini berlaku?
Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?. Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?
Jodoh - suatu ketentuan?.
Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?
"...Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."- (Surah Ath-Thalaq, 65 : 3)
Benar, jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari ALLAH. Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa iman yang tidak sempurna.
Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman, Malaikat Jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, " Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada ALLAH, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadhs' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk-semuanya dari ALLAH jua."
Lelaki itu berkata. "Tuan benar."
[HR. Muslim
Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan ALLAH. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Usaha yang sebenarnya
Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan ALLAH) bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'
Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini?. Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?
Dalam persoalan usaha ini, pertamanya ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu. Jika dalam masa terdekat itu kita tahu kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan, maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu. Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu. Mengapa?
Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan, Melalui ikatan itu mereka akan saling memiliki dan punya masa depan bersama. Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram selain ikatan pernikahan?
Tiada. Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan. Lalu, akhirnya kita dapat melihat di antara mereka yang ber' couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka. Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persetubuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat
"Mata boelh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi dia."-HR Bukhari dan muslim
Malah akhirnya, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.
No comments :
Post a Comment