Jodoh : Mencari Yang Terlalu Sempurna



Assalamualaikum...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup


Begitu juga....


Setelah kamu memberi banyak PENGHARGAAN pada seseorang
Setelah ia mula MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungan dan janganlah menganggap ia
begitu teguh...cukuplah sekadae keperluanmu...
Apabila sekali ia retak...tentu sukar kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang...


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu menganguminya. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya,,,
Akhirnya kamu KECEWA dan meningglkannya


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan, Berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal..


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu,
MENYANYANGIMU...MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain,
Terkaku mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGAN apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL..

No comments :

Post a Comment