Assalamualaikum...
Kenapa cinta adalah satu tanggungjawab?. Bagi saya, sudah pastilah cinta merupakan satu tanggungjawab bagi kita sekiranya kita bersetuju untuk menerima cinta itu. Sama la juga dengan perkahwinan. Apabila kita bersetuju untuk berkahwin, kita kenalah bertanggungjawab sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri.
Dalam konteks cinta ini pula, sudah semestinya tanggungjawab itu ada. Kita mestilah memberikan kasih sayang kita pada buah hati kita. Kata, ingin bercinta kan?. Jadi, kenalah bertanggungjawab dalam memberikan kasih sayang. Takkan la lepas kata setuju bercinta atau berkapel, then kita boleh tinggalkan sebegitu sahaja?.
Selain daripada memberikan kasih sayang, kita juga bertanggungjawab dalam meluangkan masa bersama-sama dengan kekasih kita itu. Kalau yang bagi lelaki yang tidak suka bershopping tetapi si kekasih ini suka bershopping kita kenalah ikut. Teman dia pergi shopping.
Kalau dah penat tu cari la mana-mana kerusi dekat kedai tu dan duduklah berehat sementara si gadis kita ini membelek-belek kasut atau baju di kedai tersebut. Kalau beli takpe la jugak kan?. Ini tidak, asyik membelek-belek dan mencuba-cuba sahaja. Tapi diingatkan, pastikan si dia dalam lingkunagn radar kita. Nanti hilang kang, jenuh pulak kita nak mencari. Kan susah tu?
Untuk gadis pula, kenalah faham tanggungjawab diri. Kalau si jejaka sibuk dengan tugasan harian, janganlah nak ditambahkan lagi bebanan itu. Kita kena ada tanggungjawab dalam memahami perasaan kita. Kita kena tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Kita juga haruslah membantu si dia jika perlukan sokongan kita. Berikan kata-kata semangat dan motivasi supaya si dara rasa dihargai.
Sebagai kesimpulan, sekiranya anda ingin bercinta, anda haruslah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bagi pendapat saya, bercinta merupakan satu cara untuk kita belajar dalam memikul tanggungjawab sebelum kita dapat bergelar sebagai suami isteri. Kerana, sudah pasti memikul tanggungjawab sebagai suami isteri lebih berat daripada dengan bercinta sahaja.
No comments :
Post a Comment