Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?



Assalamualaikum...



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
    Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh ALLAH swt di   
    syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga


Rasulullah s.a.w bersabda 'Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim)
   Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin 
    sesudahnya.
    Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh ALLAH swt dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
    Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak 
    masuk syurga, akan dikahwinkan oleh ALLAH dengan seorang lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
    Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya 
    masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
    Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk 
    syurga

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
    Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir 
    dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah 
    suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

No comments :

Post a Comment