Periksa Brek Kereta Anda



Assalamualaikum...

Break sangat penting alam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya. Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum (objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen enjin), tabung minyak enjin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Bagi kereta baru, semasa servis pertama. Minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul-betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik terapung brek tidak menyentuh drum atau kean geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaday tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor (keruh warnanya) minta mekanik tukar.


Cuba lakukan yang berikut :

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekiranya kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petrpleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin kecil tapi akan menjadi  besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan beray (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Juka kita hendak menukar pelapik brek, asah kemabali atau tukar drum yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencangkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah kesalahan dan syarikat insurans kita kan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah bertukar tanpa kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripada berada di atas pedel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara agresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras pedal brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spart plug, pelapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuh upahnya. 

No comments :

Post a Comment