Assalamualaikum...
Kehidupan ini penuh dengan ujian kan? Anda rasa anda pernah diuji? Masing-masing mempunyai cerita tersendiri terhadap ujian yang diterima. Pernah sekali diri ini merasakan betapa hebatnya ujian dan disaat itu terasa sesuatu yang kurang. Ya! dulu kurang dengan amal. Diri pun terasa jauh dari yang menciptakan diri ini. "Mengapa aku diuji sehebat ini? Mengapa?". Meneruskan hidup! aku teruskan hidup. Aku insaf, segera insaf di atas perbuatanku. segera aku bertaubat. Lalu aku cuba untuk mendekati diri kepada ALLAH pencipta alam ini.
ALLAH amat menyukai hamba-hamba-NYA yang ingin dekat pada-NYA
"Ya ALLAH! ampunilah daku".
Kata-kata itu tidak putus di bibirku dengan istighfar tidak pernah putus. Lalu hati ini mendesis.
"Ya ALLAH! aku telah menzalimi diriku. Adakah peluang untukku kembali?
Aku cuba untuk kembali kepada fitrah. Aku rindukan pencipta. Aku rasa kehidupan ini tidak bermakna. Aku cuba untuk islah diri setiap masa. Solat jemaah, tahajjud dan perkara-perkara sunat tidak ku tinggalkan. Walaupun dalam diri ini merasa sedih akan dosa semalam. Aku cuba untuk kembali dan menjadi sebaik-baik hamba. Tidak jemu untuk ku membaca potongan ayat quran lalu ku tadabbur ia penuh kata-kata cinta.
Lalu aku membelek al-Quranm surah az-zumar pada ayat 53 berbunyi :
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani" Al-Zumar:53
Aku menabgis apabila membaca ayat tersebut dan dosa semalam ibarat sudah pergi berlalu. Baru aku tahu bahawa ALLAH sentiasa memberi keampunan setiap insan yang melakukan dosa setelah bertaubat.
"Ya ALLAH! ampunilah daku".
Kata-kata itu tidak putus di bibirku dengan istighfar tidak pernah putus. Lalu hati ini mendesis.
"Ya ALLAH! aku telah menzalimi diriku. Adakah peluang untukku kembali?
Aku cuba untuk kembali kepada fitrah. Aku rindukan pencipta. Aku rasa kehidupan ini tidak bermakna. Aku cuba untuk islah diri setiap masa. Solat jemaah, tahajjud dan perkara-perkara sunat tidak ku tinggalkan. Walaupun dalam diri ini merasa sedih akan dosa semalam. Aku cuba untuk kembali dan menjadi sebaik-baik hamba. Tidak jemu untuk ku membaca potongan ayat quran lalu ku tadabbur ia penuh kata-kata cinta.
Lalu aku membelek al-Quranm surah az-zumar pada ayat 53 berbunyi :
Aku menabgis apabila membaca ayat tersebut dan dosa semalam ibarat sudah pergi berlalu. Baru aku tahu bahawa ALLAH sentiasa memberi keampunan setiap insan yang melakukan dosa setelah bertaubat.
No comments :
Post a Comment