Tabung Simpanan dan Tabung Hiburan Adalah Berbeza





Assalamualaikum...

Adakalanya kita perlu mengubah diri sendiri untuk memotivasikan diri kita. Tidak semestinya sekiranya mencapai kejayaan besar sahaja kita harus upah diri sendiri, kejayaan kecil juga kita perlu mengubah diri sendiri untuk memberi semangat dan motivasi untuk kita mencapai lebih tinggi.

Apa yang penting adalah upah yang diberikan perlulah dalam kemampuan kita. Jangan pula sebagai contoh, pencapaian kita dalam perniagaan mendapat RM10,000, kita upah diri sehingga RM8,000 atau lebih pula.

Di sini pengurusan kewangan adalah penting. Apabila mencapai target kewangankita, ketepikan 5-10% untuk tabung 'hiburan' kita (setelah diletakkan 10% dalam tabung simpanan)

"Pembahagian adalah : 10% simpanan (jangan di sentuh), 5% hiburan dan bakinya untuk sara diri dan keluarga termasuk derma dan kebajikan"

Tabung hiburan adalah untuk kita mengupah diri kita sendiri. Manakala tabung simpanan adalah untuk kita simpan wang kita untuk masa depan - jangan di sentuh!. Sesekali, kita perlu mengupah diri sendiri juga untuk memberi semangat dan motivasi mencapai lebih tinggi.


No comments :

Post a Comment