Assalamualaikum...
Biasanya kalau bateri handphone nak habis, akan ada lampu berkelip-kelip atau berbunyi sebagai tanda amaran. Kalau kat atas highway, kalau ada polis, pemandu dari arah bertentangan akan flash lampu tinggi juga sebagai amaran. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa tanda-tanda amaran kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan.
BERWASPADA TERHADAP TANDA-TANDA AMARAN
Alangkah malang kerana ada orang yang tidak menyedari bahawa mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka meneruskan hidup dalam penafian yang memburukkan lagi keadaan dari hari ke hari. Terdapat tanda-tanda ketara yang menunjukkan anda bermasalah. Ianya adalah :
Kad Kredit
- Membayar baki minimum sahaja setiap bulan
- Menambah baki tertunggak setiap bulan
- Menggunakan kad pada tahap maksimum
- Mengambil pendahuluan wang tunai
- Tidak membayar atau lewat membuat bayaran atau membayar sebilangan bil pada bulan ini dan selebihnya pada bulan-bulan akan datang
- Kad anda dibatalkan oleh bank
Pinjaman
- Kerapkali menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik dari akaun semasa anda
- Menerima notis bayaran kedua dan ketiga dari bank atau pemiutang kerana tidak membayar hutang
- Dinafikan kredit kerana laporan negatif daripada Biro Kredit
- Membuat pinjaman daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang
Simpanan
- Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan
- Mempunyai simpanan yang sedikit ataupun tidak langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan atau kecemasan yang tidak diduga
Perbelanjaan
- Bergantung kepada kerja sampingan. bekerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai kos sara hidup
- Hidup bergantung semata-mata pada pendapatan bulanan
Kejahilan
- Tidak berbincang bersama pasangan atau ahli keluarga anda mengenai masalah kewangan atau bertengkar dengan mereka apabila bercakap mengenai wang.
- Tidak Mengetahui banyak mana hutang anda sehinggalah bil-bil tiba
Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, dapatkan nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah berlarutan. Lagi cepat anda mendapatkan pertolongan, lagi mudah anda dapat keluar daripada kemusykilan ini.
No comments :
Post a Comment