Assalamualaikum...
Dia ingin berubah. Dia ingin seperti dahulu. Sentiasa mengingati ALLAH, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh ALLAH, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takkala marasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah ALLAH, ALLAH menguji dirinya. ALLAH menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurimdam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari ALLAH, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mangwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh ALLAH semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah ALLAH. Imannya rapuh, syaitan menari-nari takkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab ALLAH?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa seyannya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada ALLAH. ALLAH masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Daat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih belum sempurna lalu robhlah bentnf imannya dipukul nafsu cinta manusia.
Alhamdulillah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangin untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada ALLAH, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta ALLAH yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad ntuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji ALLAH.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya"
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimananya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana ALLAH.
"Demi cinta ALLAH yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akan untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu disaar-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya ALLAH! Aku memohon keampunan kepadaMu."
No comments :
Post a Comment