Assalamualaikum...
Gaya serta kegilaan pemilik kereta berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Satu masa dulu, ramai yang lebih gemar memilih jenis tayar berjenama dan berkualiti tanpa menghiraukau satu lagi komponen penting roda kenderaan iaitu rim.
Tetapi pemilik kereta masa kini, terutama generasi muda berasa tidak lengkap jika kereta mereka tidak dipasang dengan rim sport bagi menggantikan rim keluli besi. Sesetengah kereta model baru pula sudah siap dipasang dengan rim sport apabila berada di pasaran atau rim sport dijadikan sebagai aksesori pilihan untuk memenuhi cita rada pengguna yang sentiada berubah itu.
Dalam hal ini, pemilik kereta yang tergila-gilakan aksesori seperti rim sport tidak terkecuali daripada mengambil kira faktor wang, kualiti dan penjagaannya. Ada kalanya yang digunakan tidak sesuai untuk sport rim yang dibeli dan sudah tentu, kerugian berlaku.
Jesteru, langkah tertentu perlu diambil sebelum memilih rim baru supaya tidak memberi kesan sampingan kepada kereta. Perkara utama itu, pastikan rim yang ingin dibeli tidak memberi kesan sampingan kepada kereta.
Perkara utama, pastikan rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Antara kelebihan menggunakan rim sport ialah ia mampu memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.
Ada pendapat yang mendakwa pemasangan rim sport boleh menaikkan nilai jualan kereta pada masa depan. Bagaimanapun, faktor ini masih bergantung kepada sejauh mana pemilik berjaya memberi penjagaan ke atas keseluruhan komponen kereta.
Tidak bermakna jika kereja hanya menarik di luar tetapi dari segi dalaman, prestasi enjin dan keupayaan meluncur, ia mengecewakan. Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.
Dari segi keburukan pula, ia membabitkan tiga perkara utama iaitu sama ada tayar yang dipasang sesuai dengan ruang tayar pada kereta, tekanan bakal diterima oleh hab dan setiap penyambung serta kesan pada stereng. Jika membeli rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang. Menggunakan rim bengkok juga menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak pula boleh menyebabkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol.
Selain itu, jika mempunyai rim sportyang berat, ia mengurangkan daya pecutan, sekali gus menambah penggunaan petrol. Perkara paling penting ialah kemampuan menganggar ukuran antara rim yang perlu dibeli dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim. Dengan kedudukan tayar lurus, ukuran ketinggian sehingga ke tahap maksimum antara tanah dan ruang tayar.
Selepas itu, pusing tayar untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu dengan memerhatikan jurangnya dengan penyerap hentak dan spring. Langkah seterusnya, letakkan penual pada sebelah tayar untuk memastikan sejauh manakah tayar boleh jatuh.
Faktor lain yang perlu diberi tumpuan ialah memastikan lubang skru pada rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih dari empat skru. Selain itu, penyerap hentakan perlu diberi perhatian kerana ia sangat penting bagi sesebuah kereta. Jika ia rosak, kenderaan ibarat kereta kuda yang melantun-lantun hingga menyakitkan pemandu dan penumpangnya. Meskipun penyerap hentakan dianggap antara komponen panjang hayat, ia tidak semestinya tidak boleh rosak dalam jangka waktu singkat.
Ketahanan penyerap hentakan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pemandu mengendalikan kenderaannya. Jika pemandu itu kasar dan lasak, pastilah penyerap hentakan mudah rosak dan tidak tahan lama. Sebagai contoh, pemandu yang kasar tidak akan memperlahankan keretanya jika ternampak lobang atau pengadang jalan.
Selain itu, penyerap hentakan menjadi lemah jika sering membawa muatan berlebihan. Penyerap hentakan yang tidak berfungsi dengan sempurna boleh mengakibatkan kenderaan hilang keseimbangan.
No comments :
Post a Comment