Mandi Wajib, Junub dan Hadas Besar



Assalamualaikum...

Mandi hadas atau berhadas besar merupakan suatu yang penting dan perlu ditekankan dalam kalangan umat Islam. Ia nampak seakan-akan sesuatu yang mudah dan remeh namun hakikatnya ia mempunyai tatacara dan mewajibkan setiap mukmin mandi setelah ia berjunub (berhadas besar). ALLAH berfirman :

"Dan jika sekiranya kamu berjunub maka hendaklah kamu bersuci (mandi Junub)" (Al-Maidah : Ayat 6)


Pengertian Mandi Junub / Hadas Besar

Pengertian mandi atau al-ghuslu menurut pengertian Bahasa Arab ialah :

"Mengalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan". (Fath al-Bari, 1/359)

"Al-Guslu (mandi) ialah : Menyempurnakan membasuh (mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)", (Lisanul Arab 2/988)

Berkata Ibnu Hajar rahimahullah, dalam menjelaskan maksud mandi junub (mandi hadas besar) :

"Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisab air ke hujung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub". (Fath Al-Bari, 1/359)

Sebab-Sebab Mandi Junub/Hadas Besar

1. Keluar Air Mani
Para ulama telah sepakat bahawa apabila keluar air mani dengan bersyawat, bersetubuh atau bermimpi maka wajib baginya mandi junub. Begitu juga bagi kaum perempuan (jika keluar air mani) maka wajib baginya mandi junub sebagaimana keterangannya dari hadiht-hadith berikut :

Dari Aisyah ia berkata :
"Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang lelaki yang mendapati basah (kerana keluar mani) padahal tidak ingat bahawa ia bermimpi lalu baginda menjawab : Hendaklah ia mandi. Dan baginda pernah ditanya tentang lelaki yang bermimpi dirasakan seolah-olah keluar air mani tetapi tidak ada kesan basah. Baginda menjawab : Tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim bertanya : Kalau perempuan bermimpi demikian wajibkah wanita itu mandi? Nabi menjawab : Ya, kerana sebenarnya kaum wanita itu adalah saudara-saudara kaum lelaki." (Riwayat Imam yang lima, kecuali Nasaii)

2. Persetubuhan
Menurut Imam An-Nawawi bahawa : telah disepakati atas wajibnya mandi junub (bagi suami dan isteri) apabila hasyafar (kepala zakar lelaki) telah masuk ke dalam faraj walaupun tidak mengeluarkan air mani. Inilah pendapat dari ijmak. Keterangan ini dapat difahami dari hadis-hadis sahih yang berikut :

"Dari Abu Hurairah, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda : Apabila salah seorang antara kamu duduk antara empat anggota perempuan kemudian dia bersungguh-sungguh maka ia wajib mandi (junub)," (Riwayat bukhari, Muslim dan Ahmad)

3. Setelah Suci dari Haid Atau Nifas
Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan nifas maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub) sebagaimana keterangan dari hadith-hadith sahih yang berikut :

Dari Aisyah bahawa Fatimah binti Abi Jahsy sedang istihadhah lalu aku bertanya kepada nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam. Kemudian baginda menjawab : Itu hanya sebahagian dari penuh, bukan haid. Maka apabila engkau sedang haid, tinggalkan soalt dan kalau telah selesai maka mandilah dan bersolahlah", (Riwayat Bukhari)

1 comment :

Unknown said...

Dalam mandi wajib,perkara yg wajib ialah mendahulukan kepala,anggata badan kanan dan angota badan kiri.

mari kita belajar cara mandi wajib dengan sempurna

Sesungguhnya, Hanya sepotong ayat dapat menjadi ilmu.. eloklah diperhebahkan dan diAmalkan.

Post a Comment