Assalamualaikum...
Setiap kereta yang berada diatas jalan raya perlu mempunyai insurans. Tapi apa sebenarnya fungsi insurans kenderaan ini?. Insurans kenderaan berfungsi sebagai melindungi kenderaan daripada risiko seperti kemalangan dan kecurian. Terdapat tiga jenis insurans motor, iaitu, pihak ketiga, pihak ketiga kebakaran dan kecurian dan perlindungan komprehensif. Tahap perlindungan anda menandakan jumlah yang boleh anda tuntut sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau kerugian.
Pihak ketiga
Pihak ketiga
- Memberikan anda perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
Komprehensif
- Memberikan perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga; serta kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan.
KONSEP TAKAFUL
Apabila anda menyertai takaful motor, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), Anda akan meneterai perjanjian (aqad). Anda layak untuk berkongsi kelebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan.
BERAPAKAN JUMLAH PERLINDUNGAN YANG PATUT DIAMBIL?
Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawah sijil takaful motor menggambarkan nilai pasaran kenderaan anda.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?
Secara amnya, sebelum membuat sebarang tuntutan, anda haruslah memerhatikan dan mencatatkan butiran kemalangan anda, butiran seperti nama dan alamat pemandu-pemandu yang terlibat di samping para saksi serta nombor pendaftaran, jenis dan moel kenderaan yang terlibat. Sebagai pemegang pelan takaful, anda boleh membuat tuntutan jika mana-mana yang berikut berlaku terhadap anda:
- Jika anda terlibat di dalam kemalangan kenderaan
- Jika terdapat kerosakan kepada kenderaan anda
- Jika ada pihak ketiga yang terlibat
Pelan takaful kenderaan juga menawarkan pemegang pelan dengan diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discaunt) (NCD). Tawaran ini membolehkan pemegang pelan memperbaharui perlindungan mereka pada harga diskaun sekiranya tiasa sebarang tuntutan dibuat pada tempoh terdahulu perlindungan tersebut. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk benar-benar memahami pelan takaful anda, terutamanya dari aspek pengecualian dan perlindungan tambahan pelan takaful anda.
No comments :
Post a Comment