Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Lelaki Jangan Sesekali



Assalamualaikum...

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza sama ada dari segi percakapan, gaya. gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Demi Cinta ALLAH



Assalamualaikum...

Dia ingin berubah. Dia ingin seperti dahulu. Sentiasa mengingati ALLAH, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh ALLAH, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta



Assalamualaikum...

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu  lapang. dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Kenapa Wanita Mudah Menangis?



Assalamualaikum...

Note : Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman  wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai



Assalamualaikum...

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tidak salah kalau kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia?. Sebenarnya da faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah



Assalamualaikum...

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.
Anda mungkin tidak mempercayainya, tetapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!. Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

'Frust' Dalam Bercinta



Assalamualaikum...

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benaklah kata pujangga, "sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak dibalas."

Aneh sekali derita sakit putus cinta ini. Benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakan pesan bijak pandai :

"Cintailah sesuati itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

5 Petunjuk Bila Sudah Berjumpa Pasangan Serasi



Assalamualaikum...

Persamaan - Pasti setiap pasangan merasakan mereka adalah pasangan yang sesuai kerana memiliki persamaan yang terlalu banyak. Tidak kiralah sama ada persamaan itu terhadap cara hidup, perbelanjaan, pemikiran atau sebagainya. Tetapi menurut kajian daripada Sam R. Hamburg, Ph. D dan penulis Will Our Love Last?. Sekiranya terdapat banyak ketidaksamaan/kontra antara sesebuah pasangan itu adalah lebih baik kerana ia merupakan fitrah manusia yang saling melengkapi. Tetapi kajian ini tiada bukti yang kukuh dan ini hanya rumusan yang dibuat oleh beliau.

Doa Memilih Pasangan



Assalamualaikum...

Wahai Tuhan kami! 
Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, 
dan limpahkanlah keampunan kepada kami. 
Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Doa Dimudahkan Mendapat Jodoh





Assalamualaikum...

1. Doa mendapatkan jodoh

 رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤)

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam bagi ikutan orang-orang yang (mahu) bertakwa.
surah Al-Furqan  ayat 74

2. Doa mendapatkan jodoh dan keturunan yang baik-baik

وَزَڪَرِيَّآ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِى فَرۡدً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡوَٲرِثِينَ (٨٩)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Wahai Tuhanku ! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
surah Al-Anbiya ayat 87


3. Doa agar tenang akibat putus cinta & putus tunang


يَمۡحُواْ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثۡبِتُ‌ۖ وَعِندَهُ ۥۤ أُمُّ ٱلۡڪِتَـٰبِ (٣٩)


ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendaki-NYA dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikendakinya dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada "Ibu segala suratan
surah Al-Rad ayat 39


Apa Erti CINTA?



Assalamualaikum...


Cinta ALLAH adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.

Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya. Kesyumulannya di dalam diri tidak sama dengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara

Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebersan Tuhan dan terus tunduk pada perintah ALLAH.

Tanda kita mementingkan diri sendiri ialah tidak berniat membela fakir miskin dan orang yang teraniaya.

Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti,
alim hati kurang bercakap, banyak berbakti,
alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.

Lelaki Yang Sejati



Assalamualaikum...


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang sekitarnya...

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya meengatakan kebenaran...

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumpah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Benarkah Cinta Itu Menyakitkan?



Assalamualaikum...

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakit dan jangan kau menghampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Ungkapan I Love You



Assalamualaikum...

I Love You atau dalam Bahasa Melayu, Aku Cinta Padamu merupakan satu ungkapan yang amat istimewa. Ini kerana ianya merupakan yngkapan yang hanya kita ucapkan pada orang yang kita sayangi sahaja.

Cinta Adalah Tanggungjawab



Assalamualaikum...


Kenapa cinta adalah satu tanggungjawab?. Bagi saya, sudah pastilah cinta merupakan satu tanggungjawab bagi kita sekiranya kita bersetuju untuk menerima cinta itu. Sama la juga dengan perkahwinan. Apabila kita bersetuju untuk berkahwin, kita kenalah bertanggungjawab sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri.

Cinta Tak Semestinya Memiliki



Assalamualaikum...

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima. Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai. Wujudnya cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Erti Disebalik Kesetiaan



Assalamualaikum...

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan kita?. Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kenapa Aku Masih Solo?



Assalamualaikum...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhnya perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalu sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah



Assalamualaikum...


Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

Memang ALLAH sengaja  menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-NYA.

Benarkah Cemburu Tanda Sayang?.



Assalamualaikum..

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.