Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

Doa Semoga Rezeki Mencukupi



Assalamualaikum...


"Apa jua bentuk rahmat yang dibukakan oelh ALLAH untuk manusia, maka tiada siapa yang mampu menahannya dan juga yang ALLAH sekat, tiada siapa yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan ingatlah Dialah satu-satunya yang maha berkuasa lagi maha bijaksana."
(Surah al-Fathir : Ayat 2)

Doa Memohon Mendapat Kebaikan dalam Semua Urusan



Assalamualaikum... 

"Ya ALLAH! Perelokkan segala amal perbuatan kami. Ya ALLAH, tambahkan kebaikan kepada kami dan janganlah menurangkannya, muliakan kami dan janganlah menghina kami, kurniakan rezeki kepada kami dan janganlah menegah ataupun menahannya, redailah kami dan segala yang kami lakukan, wahai Tuhan yang sebaik-baik pemberi rahmat.

Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan



Assalamualaikum...


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku amat berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan"
Surah Al-Qasas ayat 24

Doa Supaya Dicukupkan Keperluan



Assalamualaikum...

"Cukuplah bagiku ALLAH yang menolong dan memeliharaku, tiada tuhan yang berhak disembah selain DIA, kepadanya aku berserah diri dan dialah yang mempunyai Arasy yang besar"
Surah at-Taubah ayat 129

Doa Semoga Beroleh Rezeki



Assalamualaikum...


"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan ALLAH jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)
Surah Hud ayat 6



Doa Bagi Mendapatkan yang Halal Daripada yang Haram



Assalamualaikum...


"Ya ALLAH, Tuhan yang maha kaya, wahai Tuhan yang maha terpuji, wahai Tuhan yang maha pencipta, wahai Tuhan yang maha mengembalikan, wahai Tuhan yang maha pengasih dan penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan daripada yang dikau haramkan dan dengan kelebihan dan kurniaan hanya darimu bukan daripada selainnya"

Doa Nabi Isa Mohon Rezeki



Assalamualaikum...

"Ya ALLAH, Wahai Tuhan kami! Turunkan kepada kami hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, buat kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, sebagai tanda mukjizat daripadamu yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanmu serta kurniakan rezeki buat kami, kerana engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki."
Surah al-Maidah  ayat 114




Doa Memohon Rezeki yang Melimpah




Assalamualaikum...

Ya ALLAH, ampunilah aku, kasihilah aku, bimbinglah aku, sejahterakanlah aku dan berikanlah aku rezeki. (HR. Muslim daripada Tariq bin Asyim)