Assalamualaikum...
ALLAH akan menguji kita dalam melayari kehidupan ini dengan pelbagai bencana atau musibah. ALLAH s.w.t sentiasa menegaskan di dalam Al-Quran bahawa manusia tidak akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Firman ALLAH s.w.t bermaksud : "Dan Kami akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami mengetahui (baik buruk) hal ehwalnya." (surah Muhamad :Ayat 31)





























