Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Awas Jerat Hutang



Assalamualaikum...

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata, apa saja yang dihajatkan boleh direalisasikan asalkan berkemampuan.

Namun yang menjadi masalah segelintir anggota masyarakat kita pada hari ini apabila dibebani hutang. Terlalu banyak 'fasiliti' diseniakan oleh pihak tertentu untuk 'memudahkan' kita berhutang.

Jimat Wang Ketika Membeli-Belah



Assalamualaikum...

Masyarakat sentiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barangan kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.

Tips Perbelanjaan Anak Anda



Assalamualaikum...

Adakah adik-adik merasa cemburu setelah mengetahui yang rakan adik-adik dapat  membeli sebuah 'play station' (PS3) ataupun sebuah helikopter kawalan jauh?. Dan ibu bapa adik-adik pula merasa amat keberatan untuk membelikannya untuk adik-adik. Sebenarnya, adik-adik mampu memiliki barang-barang tersebut jika adik-adik pandai mengurus wang saku adik-adik dengan betul setiap hari.

Cara Untuk Menjana Pendapatan Sampingan



Assalamualaikum...

Kos sara hidup yang semakin mengingkat menyebabkan orang ramai berlumba-lumba untuk menambahkan lagi sumber pendapatan mereka. Sekiranya hanya mengharapkan daripada satu sumber sahaja iaitu melalui pendapatan kerja tetap, ia mungkin tidak akan mencukupi. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk anda menjana pendapatan sampingan?

7 Langkah Untuk Merancang Perbelanjaan Keluarga



Assalamualaikum...

Untuk kehidupan bujang, membuat anggaran perbelanjaan adalah lebih mudah. Mereka lebih bijak untuk menguruskan wang yang bakal masuk dan mengesan perbelanjaan yang telah dilakukan. Ini kerana mereka hanya perlu memenuhi keinginan mereka sahaja. Tetapi merancang untuk keluarga adalah lebih sukar. Ianya disebabkan oleh pernambahan jumlah orang yang perlu diuruskan. Pada kebiasaannya, keluarga mempunyai beberapa punca sumber pendapatan terutama daripada suami atau isteri. Dan sekiranya salah seorang daripada pasangan ada yang boros, akan timbulnya kekeliruan atau kesukaran untuk merancang perbelanjaan keluarga. Ini merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan perancangan perbelanjaan keluarga tidak berhasil. Walaubagaimanapun, mempunyai perancangan adalah amat penting untuk mengukuhkan kewangan jangka agak sukar, tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mustahil. Di bawah adalah 7 langkah yan mungkindapat membantu anda untuk membuat perancangan yang lebih baik. 

Tanda-Tanda Amaran Anda Menghadapi Masalah Kewangan



Assalamualaikum...

Biasanya kalau bateri handphone nak habis, akan ada lampu berkelip-kelip atau berbunyi sebagai tanda amaran. Kalau kat atas highway, kalau ada polis, pemandu dari arah bertentangan akan flash lampu tinggi juga sebagai amaran. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa tanda-tanda amaran kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan.

10 Tips Pengurusan Kewangan




Assalamualaikum...
 

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaju rendah daripada sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.


Cara-Cara Menjimat Duit



Assalamualaikum...
  1. Kurangkan makan luar dengan keluarga, makan di rumah.
  2. Bawa bekal dari rumah ke pejabat
  3. Baca akhbar dari internet dan tidak lagi membeli.
  4. Daripada keluar menontot wayang, tonton di rumah melalui DVD
  5. Bayar bil secara online - tidak perlu keluar rumah
  6. Car pool - bergilir-gilir kereta dengan rakan pejabat dan jimatkan petrol.
  7. Tidak perlu membeli majalah, dapatkan maklumat online
  8. Kurangkan ke complex membeli belah, tetapi beriadah bersama keluarga di taman.
  9. Beli kereta terpakai yang masih baik.
  10. Ubah lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah (energy saving)
Anda perlu membina senarai bagaimana anda boleh menjimatkan wang setiap hari. Penjimatan RM5 sini, RM10 sana lama kelamaan akan menjimatkan anda beribu ringgit juga setiap tahun.

"Apa kata anda kongsikan juga beberapa cara yang boleh anda fikirkan atau yang anda amalkan untuk manfaat bersama? Tinggalkan tips-tips anda pula di sini"

 

Tabung Simpanan dan Tabung Hiburan Adalah Berbeza





Assalamualaikum...

Adakalanya kita perlu mengubah diri sendiri untuk memotivasikan diri kita. Tidak semestinya sekiranya mencapai kejayaan besar sahaja kita harus upah diri sendiri, kejayaan kecil juga kita perlu mengubah diri sendiri untuk memberi semangat dan motivasi untuk kita mencapai lebih tinggi.

Kekayaan vs Kesihatan




Assalamualaikum...

Kekayaan atau kesihatan yang penting?. Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.